JIKA kebiasaannya, program-program dakwah di televisyen memaparkan program berkonsepkan bual bicara, namun berbeza pendekatan yang digunakan dalam rancangan terbaharu berjudul Door To Door Ebit Lew. Ini kerana, program tersebut mengetengahkan konsep dakwah jalanan yang lebih santai dalam mendekati golongan sasaran antaranya termasuklah mat rempit, budak punk, mak nyah dan juga orang gelandangan. Disiarkan di saluran Astro Oasis, program yang memaparkan kisah realiti masyarakat yang berlaku di sekeliling itu dikendalikan oleh penceramah popular dengan kisah penghijrahannya sebelum ini iaitu Ebit Lew. Bagi penerbit eksekutifnya, Aidid Marcello, program tersebut dilihat merupakan sesuatu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya