KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan sedang mengkaji beberapa perkara mengenai struktur cukai bagi ekonomi digital terhadap pemain industri termasuklah penyedia kandungan perkhidmatan luar negara. Timbalannya, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan menyedari bahawa industri ekonomi digital merupakan antara pemacu utama bagi pertumbuhan inovasi dan pembangunan negara. “Bagaimanapun, kerajaan masih dalam proses mengkaji dan saya tidak pasti sama ada kita dapat memasukkannya dengan kadar segera dalam pembentangan Bajet 2019 pada 2…










