TUMPAT 18 Sept. – Cubaan beberapa lelaki untuk menyeludup rokok putih bernilai RM278,800 ke negara jiran berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, kelmarin. Rampasan di pangkalan haram Badang itu dilakukan kira-kira pukul 10 pagi oleh sepasukan anggota hasil maklumat Unit Risikan Marin. Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintenden Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, sejurus menerima maklumat itu, satu serbuan dilakukan di lokasi terlibat. “Kita dapati beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam dua perahu yang berada di tebing. “Menyedari kehadiran anggota PPM, sekumpulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya