PERMATANG PAUH 10 Sept. – Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi pemilihan PKR, Lee Khai Loon mendakwa kempen pertandingan kali ini dicemari unsur tidak sihat.
![]() |
|
LEE KHAI LOON
|
Khai Loon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk berkata, ramai ahli parti kecewa kerana berlaku perbuatan mengugut sepanjang kempen berlangsung.
Ujar beliau, lebih parah terdapat calon bertanding jawatan tertentu yang mula melemparkan fitnah terhadap lawan mereka.
“Ini satu pemilihan keluarga, kenapa perlu buat serangan peribadi sampai jadi seperti kongsi gelap,” katanya.
Beliau berucap pada majlis makan malam bersama calon Naib Presiden, Zuraidah Kamaruddin di sini malam ini.
Mengulas lanjut, Khai Loon berkata, perkara berkenaan mengecewakan dan ahli-ahli PKR perlu memberi sokongan kepada pemimpin yang sudah terbukti bekerja untuk memantapkan PKR. – UTUSAN ONLINE











