TAIPING 25 Sept. – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan adik iparnya tahun lalu. Lelaki berusia 31 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap remaja berusia 13 tahun itu tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Boyan di sini pada satu hari Ahad tahun lalu. Dakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun mengikut Seksyen 377CA Kanun…










