TAIPING – Seorang buruh bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul adik iparnya tahun lalu. Tertuduh yang berusia 31 itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd. Razak. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun tanpa kerelaan di sebuah rumah pada tahun lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya