KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kejayaan Mahkamah Syariah Negeri Terengganu melaksanakan proses sebatan syariah terhadap dua wanita dalam keadaan baik dan tenang hari ini telah membuktikan bahawa Islam dan syariah menyantuni setiap insan walaupun mereka melakukan kesalahan. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, hukuman sebatan syariah terhadap dua pelaku musahaqah (lesbian) itu telah dijalankan dalam keadaan berpakaian menutup aurat, ringan dan tidak melukakan selain melibatkan pemeriksaan pasukan…










