KUALA LUMPUR 17 Sept. – Beberapa dokumen termasuk salinan sepucuk surat yang didedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengesahkan dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah daripada keluarga diraja Arab Saudi, didakwa tidak ditandatangani Putera Arab Saudi, Putera Abdulaziz Al-Saud sepertimana yang tertera. Memetik laporan The Edge Weekly, dokumen berkenaan disedia dan ditandatangani individu dikenali sebagai Mohammad Abdullah Al Koman yang mendakwa beliau merupakan wakil kepada Putera Abdulaziz.…










