SUKAR sebenarnya untuk kita menggali rasa amarah dalam diri penyanyi rock legenda, Datuk Awie. Cukup santai apabila berbicara, butir katanya juga penuh dengan kata-kata nasihat. Walaupun mungkin pada mata kasar segelintir masyarakat, imej rocknya sedikit menggerunkan, namun sebenarnya lelaki berusia 50 tahun ini penuh dengan sisi humor dan selorohnya. Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, dia kekal tenang dan tidak mudah dijentik. Tidak mahu berbicara soal mistik dan sihir…










