TINDAKAN segelintir anak-anak menempatkan ibu bapa mereka di rumah atau pusat jagaan warga emas masa kini tidak seharusnya dianggap sebagai salah atau dicap sebagai derhaka. Situasi kehidupan hari ini tidak sama seperti zaman sebelum ini. Tugas mencari rezeki keluarga bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada lelaki atau suami. Isteri bekerja atau menjadi usahawan tidak lagi satu yang luar biasa masa kini. Mereka pasti bimbang untuk meninggalkan ibu bapa sendirian di rumah…











