PARLIMEN mempunyai makna signifikan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Keteguhan Parlimen melambangkan keutuhan sistem demokrasi yang diamalkan di dalam negara ini. Seperti United Kingdom, Malaysia juga menggunakan sistem dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kedua-dua Dewan ini mempunyai perbezaan ketara dari aspek keahlian sehinggalah ke aspek peranan yang dimainkan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, adalah satu hujah yang tempang sekiranya terdapat individu yang menyatakan Dewan Negara…










