KUALA LUMPUR 24 Sept. – Barisan Nasional (BN) akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang dijangka diadakan pada 13 Oktober depan. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen utama BN iaitu MIC dan MCA. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, langkah itu sejajar dengan situasi kerajaan ketika ini yang didakwa dihimpit dengan masalah kewangan. “Kita mengambil keputusan…










