BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 26 SEPTEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 26 SEPTEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG percaya masih terlalu awal bagi mengandaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat laluan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bulan depan. Bagaimanapun tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Pas, bakal Perdana Menteri itu dilihat tidak sukar untuk kembali ke Parlimen.

BN memboikot PRK itu kerana kekosongan lebih bersifat kepentingan individu. Kerusi itu dikosongkan bukan disebabkan wakil rakyatnya meninggal dunia atau hilang upaya. BN tidak wajar ‘meraikan demokrasi’ seumpama ini kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Pendirian BN mungkin berbeza jika kerusi itu dikosongkan oleh anggota yang melompat parti. BN juga sudah dapat menjangka nasibnya. Maka adalah lebih baik BN tidak terikut-ikut dengan rentak Pakatan Harapan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

BN memboikot PRK DUN Penanti pada 2009 tetapi melayani PRK seumpama ini apabila kerusi Permatang Pauh dikosongkan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Hakikatnya, dalam situasi sekarang, menang kalah PRK tidak memberi sebarang makna. Kebangkitan semula BN atau UMNO tidak dapat diukur melalui PRK semata-mata.

Awang berpendapat, adalah lebih baik tempoh berkempen PRK dimanfaatkan oleh UMNO khususnya untuk penyatuan dan memperkukuhkan parti. Dalam menghadapi pelbagai persepsi buruk yang turut melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin, gerak kerja yang lebih berkesan perlu dilakukan supaya hala tuju parti lebih jelas.

AWANG – Tunggu penamaan calon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini