AWANG setuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik supaya hutang perlu dibayar walaupun RM10 sebulan. Islam juga menuntut umatnya untuk menjelaskan hutang malahan waris si mati akan berusaha menjelaskan hutang anggota keluarga mereka yang sudah meninggal dunia. Tidak timbul isu pihak-pihak tertentu mahu mempolitikkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini dengan manifesto Pakatan Harapan. Siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu ini? Merujuk kenyataan menteri berkenaan semalam, jika…










