BINTANG hoki wanita negara, Fatin Shafika Mahd. Sukri mendapat rangsangan terbaik bagi menghadapi perlawanan pertama bersama kelab Itali, Butterfly Roma HCC menentang Pol. Ferrini Cagliari dalam saingan Serie A1 hari ini. Fatin, 23, berjaya menjaringkan satu gol ketika membantu Butterfly Roma mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan HF San Saba pada aksi persahabatan kelmarin. Satu lagi gol Butterfly Roma dijaringkan oleh seorang lagi bintang Malaysian Tigress yang turut terpilih mewakili kelab berpangkalan di Rom itu, Nuraini Abdul Rashid menerusi pukulan sudut penalti. Walaupun berjaya menjaringkan satu gol padang, Fatin yang dianggap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya