IPOH – Perselisihan faham berkaitan perbezaan gaji menjadi punca seorang pengawal keselamatan Orang Asli suku Semai ditembak mati rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kilang ubat di Taman Farmasi, Seri Iskandar pada Jumaat lalu. Difahamkan, perbezaan gaji mereka adalah RM250 sebulan walaupun kedua-duanya sama pangkat iaitu pengawal keselamatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, perasaan tidak puas hati antara mangsa, Masri Pandak, 37, dengan…









