SAUDARA PENGARANG, KEMASUKAN amah Indonesia ke negara ini begitu mudah hinggakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang jadi pengasuh pun kini semakin melimpah. Ramai yang masuk ke negara ini secara bersendirian dengan alasan perubatan atau melancong. Mereka ini dihantar oleh ejen ke rumah majikan yang telah membayar wang pendahuluan. Kebanyakan mereka ini bekerja sekejap, kemudian lari ke rumah kongsi. Dari situ mereka bekerja mencuci rumah dengan bayaran RM50 hingga RM80…










