SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan parti itu tidak akan menjadi seperti UMNO yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, tujuan penubuhan Bersatu adalah untuk membela dan membangunkan kaum Melayu supaya hak-hak mereka terpelihara.
Menurutnya, parti yang berusia hanya dua tahun itu kini sudah menjadi kerajaan bagi membantu orang Melayu dan mengurangkan jarak ekonomi dengan kaum lain.
“Kita juga akan tentukan mereka dilatih dengan cara-cara mengurus, terutama pengurusan wang. Kita akan semai ke dalam hati sanubari mereka nilai-nilai yang mulia dan tidak akan teragak-agak bertindak terhadap penyelewengan,” katanya ketika berucap sempena sambutan Ulang Tahun Kedua Bersatu di Stadium Malawati di sini malam tadi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










