KUALA NERANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu terus diberi peluang mentadbir negara selama lima tahun. Beliau berkata, Mahathir tidak sepatutnya meletakkan jawatan hanya kerana mahu memberi laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut. “Saya lebih suka Perdana Menteri sekarang jalankan tugas selagi mampu untuk buat pembetulan kerana beliau mempunyai banyak…










