IPOH 25 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan dicadang supaya memberikan hak milik tanah 99 tahun secara sama rata kepada peneroka tanah rancangan Felda, kampung tersusun dan kampung baharu dalam menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Bekas Pengarah Tanah dan Galian Perak, Datuk Abu Zar Omar berkata, terdapat dua cara pembayaran premium boleh dikenakan iaitu mengikut harga pasaran atau pengenaan token sebanyak RM1,000 tetapi kerajaan negeri menetapkan bahawa tanah…









