KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya peka dengan keadaan cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga susulan kejadian hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan rumah rosak dan pokok tumbang di sekitar ibu negara, petang semalam. Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, orang ramai perlu mengelakkan daripada meletakkan kenderaan atau berada di kawasan banyak pokok, papan tanda…