KUALA LUMPUR 5 Sept. – Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel bakal menyediakan satu lagi cabang pembayaran iaitu e-dompet tempatan bersama aplikasi yang dibangunkan oleh Axiata Digital Services Sdn. Bhd., Boost. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kaedah pembayaran e-dompet tersebut bertujuan untuk menarik golongan muda menggunakan aplikasi Boost dan berbelanja di Jakel tanpa sekatan dan disamping itu mereka juga dapat menikmati berbagai ganjaran yang disediakan Boost.…










