KUALA LUMPUR 12 Sept. – Seorang bekas sarjan polis yang baru setahun bersara dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM1,500 sebagai imbuhan bagi mengelakkan seorang individu diambil tindakan undang-undang berhubung kesalahan dadah, tiga tahun lalu. Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Misnan Saari, 57, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes hari ini. Mengikut pertuduhan,…










