JOHOR BAHRU 5 Sept. – Bekas Pengerusi Persatuan Komuniti Kepolisian Johor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan menipu dengan menawarkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) selepas menerima komisyen RM25,000, Julai lalu. Tertuduh, Yap Keng Tak, 59, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Siti Hajar Ali. Dia dituduh memperdayakan mangsa, Liew Yiin Yng, 33, apabila berjanji akan mendapatkan RMMJ sehingga wanita itu…










