Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept.- Beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 4 petang tadi.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur melalui laman Facebooknya berkata, paras air yang tinggi di kawasan Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen di sini turut menyebabkan beberapa kesesakan jalan raya serta bebersps kenderaan terkandas.

“Pengguna Jalan raya di nasihatkan untuk tidak menggunakan jalan tersebut bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela (berhampiran Stesen Monorel) dan Jalan Pudu turut terjejas akibat banjir.

Katanya, kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa kawasan yang dinaiki air dan pengguna dinasihatkan untuk tidak melalui kawasan berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini