Bayi terkunci dalam kereta - Utusan Malaysia

Bayi terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 12 Sept. – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila bayi lelakinya yang berusia 10 bulan terperangkap di dalam kereta ketika mereka berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis, di sini semalam.

Bayi berkenaan, Zafrieyl Danish Zulfahmey yang terperangkap hampir 40 minit bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba. 

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku ketika keluarga mangsa yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur singgah sebentar di kawasan R&R tersebut. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan II, Hasri Hussin berkata, sebaik sahaja berhenti, ibu mangsa, Ahzan Nura Hamimi Ahmad, 27, keluar dari kereta ketika bayi tersebut masih tidur.

“Ibu bapa bayi ini terkejut apabila kereta mereka terkunci secara tiba-tiba dan mereka dengan bantuan orang ramai cuba membuka kenderaan tersebut tetapi gagal. 

“Pihak kami telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.45 petang. Seramai 7 anggota telah sampai di lokasi kejadian pada pukul 7.12 petang.

“Setibanya di lokasi didapati seorang bayi lelaki terkunci di dalam kereta jenis Proton Satria Neo,” katanya di sini hari ini. 

Tambahnya, mangsa berjaya diselamatkan selepas anggota bomba membuk pintu kereta tersebut dengan menggunakan alat khas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN