JOHOR BAHRU 12 Sept. – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan mempunyai uri ditemukan di dalam bungkusan plastik di sebuah gerai kosong di tingkat satu Terminal Bas Larkin Sentral, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, bayi berkenaan ditemukan pukul 3.30 petang oleh seorang pekerja binaan warga Indonesia berusia 45 tahun. “Lelaki itu telah menemukan satu bungkusan plastik berwana merah dan…










