BATU PAHAT – Enam belas penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki terbalik dalam satu kemalangan di KM89.1, Lebuh Raya PLUS arah utara, dekat Yong Peng, hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan KS Mender Singh berkata, kemalangan berkenaan yang berlaku pada pukul 1.20 pagi, turut membabitkan sebuah kereta. Katanya, siasatan awal menunjukkan kemalangan itu berlaku apabila bas yang dari arah Johor Bahru ke…










