KUANTAN – Seorang pekerja ladang sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun sejak awal bulan lalu. Tertuduh, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dihadapan hakim Dazuki Ali. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dari Sungai Isap di sini didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun 6 bulan bertempat di kediamannya di sini pada 3 Ogos lalu kira-kira pukul…









