KUALA LUMPUR 26 Sept. – Satu lagi keputusan buruk bakal menyebabkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dibekukakan daripada pertandingan, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. Penyingkiran awal beregu lelaki negara itu pada Terbuka China dan Jepun, baru-baru ini amat mengecewakan BAM, apatah lagi mereka kalah kepada pasangan yang memiliki ranking lebih rendah. “Saya selalu berbincang dengan pengerusi Jawatankuasa C&T (Kejurulatihan…










