Baling dilanda banjir kilat lagi - Utusan Malaysia

Baling dilanda banjir kilat lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 28 Sept. – Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 1 pagi tadi menyebabkan lapan kampung di sekitar daerah Baling dilanda banjir kilat membabitkan 439 mangsa, awal pagi ini.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kapten Saifuddin Abdullah berkata, kampung yang terlibat Kampung Siput, Kampung Tanjung Merbau, Kampung Banggol Derom, Kampong  Setol, Kampung Lahar, Kampung Bandar, Kampung Bharu dan Kampung Charok Sikin.

Katanya, banjir kilat tersebut bagaimanapun beransur-ansur surut sejak tengah hari tadi dan tiada pusat pemindahan yang dibuka sehingga kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menerima laporan tentang banjir kilat tersebut pada kira-kira pukul 6.30 pagi. Sepasukan anggota APM kemudian membuat tinjauan ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut.

“Kedalaman air banjir tersebut ada 0.3 hingga 0.6 meter. Apabila hujan berhenti sepenuhnya pada kira-kira pukul 9.30 pagi, kita masih membuat rondaan dan didapati 94 buah terlibat dalam kejadian banjir kilat di lapan buah kampung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini