SHAH ALAM 13 Sept. – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Bengkel Bajet 2019 Bersama Komuniti bagi mendapat input berguna demi meningkatkan kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan tersebut pada masa depan. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, bengkel berkenaan diadakan bagi membincangkan dan mendapatkan input-input serta cadangan komuniti daripada pelbagai organisasi dan persatuan agar hala tuju bajet tersebut mengambil kira pandangan masyarakat yang ada di kawasan…










