CALON Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli boleh dikatakan sudah menjelajah di seluruh negara bagi memperkenalkan pasukannya yang akan bertanding di semua peringkat jawatan dalam pemilihan parti itu bermula 14 September ini. Di setiap majlis yang disertainya itu, Rafizi menjelaskan visi dan misinya mengapa perlu dibentuk barisan baharu di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden selepas ini. Jika dilihat, Rafizi mempunyai sokongan yang kuat khususnya di peringkat akar umbi…










