NAMPAKNYA Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan tegurannya semasa Ucaptama di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara, pada 1 September 2018 belum mendapat respons diharapkan. Lantas, semasa berucap di Perhimpunan Ulang Tahun Pribumi pada 8 September lepas, beliau terus menyindir dan mengkritik sifat-sifat bumiputera yang dirasa melemahkan bangsa ini. Pada pendapat saya, bumiputera perlukan azimat untuk sahut kritikan Dr Mahathir. Dengan azimat ini mereka wajar terlibat secara langsung dalam penggubalan DEB…










