KUALA LUMPUR 25 Sept.- Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya dekat sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan kira-kira pukul 11 pagi mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes menerima rasuah. Turut ditahan iaitu adik Abdul Azeez, Abdul Latif di Sungai Buloh. Penahanan kedua-dua mereka adalah bagi membantu siasatan berhubung rasuah membabitkan satu projek oleh sebuah syarikat.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya