CANBERRA – Mereka yang didapati bersalah mencemarkan buah-buahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun di bawah undang-undang baharu umum kerajaan Australia hari ini. Undang-undang baharu itu mengenakan hukuman maksimum sama seperti kesalahan memiliki gambar pornografi kanak-kanak dan membiayai keganasan. Perdana Menteri, Scott Morrison dan Peguam Negara, Kristian Porter mengumumkan perkara itu ekoran isu pencemaran strawberi yang berlaku di Australia menyaksikan pengguna menjumpai pin dan jarum dalam buah itu. Menurut agensi berita Xinhua, Morrison turut menyifatkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut sebagai “pengecut” sambil menyeru orang ramai terus membeli strawberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya