Atletico setaraf Real tanpa Ronaldo - Utusan Malaysia

Atletico setaraf Real tanpa Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 12 Sept. – Diego Simeone menyatakan bahawa Atletico Madrid kini semakin menghampiri Real Madrid selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo.

Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut pada musim 2017-18 dengan Ronaldo sekali lagi menjadi watak utama selepas meledak 15 gol dalam kejohanan itu.

Kapten Portugal itu bagaimanapun meninggalkan La Liga dengan perpindahan bernilai 112 juta euro (RM538.48 juta) ke Juventus selepas merangkul sembilan trofi kejuaraan di Santiago Bernebue.

Simeone percaya bahawa pasukannya yang menamatkan saingan di kedudukan kedua di atas Madrid di dalam La Liga musim lalu dan menewaskan Los Blancos di Piala Super berada di tahap yang sama bersama seteru terdekat mereka itu.

“Berdasarkan keputusan, kami tidak jauh beza dengan Madrid atau Barcelona, dari segi karakter individu, ya.

“Tanpa Cristiano, kami kini berada di tahap yang sama dengan Real Madrid dan saya pasti mengenainya,” kata Simeone.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN