Astro catat pendapatan RM2.7 bilion - Utusan Malaysia

Astro catat pendapatan RM2.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Astro Malaysia Holdings Bhd. merekodkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion untuk separuh tahun pertama tahun kewangan 2019.

Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) Astro sebanyak RM191 juta.

Katanya, jumlah pelanggan meningkat tujuh peratus dari tahun ke tahun kepada 5.6 juta didorongi oleh NJOI Prepaid.

“Di sebalik sentimen pasaran yang mencabar dan persekitaran media yang amat kompetitif, Astro terus menjana pengaliran tunai, me­laksanakan pelan pengurusan kos yang berdisiplin dan pada masa yang sama proaktif akan pengurusan modal syarikat secara keseluruhan.

“Oleh itu, lembaga pengarah dengan sukacitanya me­ng­umumkan dividen interim kedua bernilai 2.5 sen sesaham,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Astro telah berjaya mendapatkan hak penyiaran eksklusif Liga Perdana untuk tiga lagi musim dari 2019/20 hingga 2021/22.

Menurut Astro, kesemua 380 perlawanan akan di­siarkan dalam definisi tinggi menerusi Astro TV dan Astro Go, setiap peminat bola sepak boleh mengikuti dan bersorak untuk kelab-kelab kegemaran mereka.

“Astro mahu pelanggan-pelanggan saluran sukan te­ruja dengan perlawanan langsung terpilih bagi musim baru yang akan disiarkan dalam definisi tinggi ultra 4K, ini akan memberikan pengalaman tontonan yang terbaik serta mendalam.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Liga Premier, Richard Scudamore berkata, peminat bola sepak di Malaysia amat dikenali dengan keghairahan mereka dalam mengikuti Liga Perdana dan Astro telah membuat langkah terbaik apabila menyediakan perlawanan kali ini dalam pelbagai platform.

“Kami amat berbangga mereka akan terus menjadi rakan penyiaran eksklusif kami sehingga ke penghujung musim 2021/22,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN