IPOH – Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Muhammad Aqil Yasmin memperbaharui rekod kejohanan bagi acara 200 meter (m) lelaki dengan catatan masa 21.01 saat (s), sekali gus memadam pencapaian jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan. Aqil menepati ramalan untuk memenangi pingat emas kedua pada penampilan Sukma terakhirnya dengan bergaya apabila menewaskan pelari kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi (Negeri Sembilan) yang mencatatkan masa 21.26s diikuti atlet tuan rumah, Russel Alex Nasir…










