PUTRAJAYA 17 Sept – Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menolak pandangan sinis segelintir golongan muda bahawa beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin. ANWAR IBRAHIM Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR dan juga Ketua Umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti. ”Ada pandangan sinis yang…










