Anwar, Saiful 'bertembung' di pusat penamaan calon - Utusan Malaysia

Anwar, Saiful ‘bertembung’ di pusat penamaan calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bersalaman dengan bekas pembantu peribadi beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen P.132 Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Mereka antara lapan calon yang dilihat menghantar borang penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bermula pukul 9 pagi ini.

Turut dilihat menghantar borang penamaan calon ialah calon Pas, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang bertanding sebagai calon Bebas. – K! ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini