PORT DICKSON – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bersalaman dengan bekas pembantu peribadi beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen P.132 Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. Mereka antara lapan calon yang dilihat menghantar borang penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bagi bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bermula pukul 9 pagi ini.…










