MAHU bertanding di mana? Di utara bukan, di Pandan dinafikan, disebut-sebut pula Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi ramai kepemimpinan yang terkejut, jadi di mana? Persoalan di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding menjadi isu yang sentiasa bermain di bibir pengamal media setiap kali bersua, tidak terkecuali menjadi topik rakyat marhain yang gemar bersembang politik di kedai-kedai kopi. Pemerhati politik pula mengikuti dengan dekat isu ini, supaya mudah untuk memberi…










