MELAKA 13 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sudah memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya sebelum ini dan kini mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri itu untuk menyelamatkan negara. Menurut Presiden PKR itu, beliau berbuat demikian kerana mereka kini bersependapat dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara daripada sebarang salah laku yang dilakukan pemimpin terdahulu. “Saya dengan Tun (Dr. Mahathir) kawan baik sekarang. Sebab apa kita…










