GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan cadangan beberapa pihak yang mahu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen di Pulau Pinang yang merupakan ‘tapak’ permulaan karier politiknya. Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin berkata, PKR mempunyai empat kerusi Parlimen di negeri itu dan berkemungkinan ada pemimpin yang mahu memberikan kawasan mereka kepada Anwar bagi membolehkan bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu menjadi anggota parlimen dan seterusnya…










