KUALA LUMPUR 12 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta. Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi ini. Danyal membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan…










