KOTA KINABALU – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud dalam kalangan calon pemilihan PKR menawarkan projek kepada ahli semata-mata untuk meraih undi. Calon Presiden PKR yang menempelak tindakan itu memberi amaran tidak akan berkompromi dengan perbuatan kotor pihak berkenaan dan bersedia menyingkirkan mereka daripada parti. “Jangan kerana ada kuasa, mahu ugut orang supaya bagi undi dalam PKR. Orang macam ini jika tanding dalam PKR…










