KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan keputusannya meletakkan semua jawatannya dalam UMNO adalah disebabkan kegagalannya dalam usaha memperjuangkan perkara-perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama parti Barisan Nasional (BN). Anifah berkata, tindakannya itu dilakukan bagi mengotakan janjinya kepada pengundi dan rakyat Sabah seandainya hasrat tersebut gagal dilakukan. Menurutnya, tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan, usahanya memperjuangkan perkara-perkara berkaitan MA63 di bawah payung BN tidak akan membuahkan hasil dan terpaksa…










