PRIHATIN. Seramai 13 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengerah tenaga membantu membersihkan rumah mangsa banjir kilat di Kampung Simpang Pulai, Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini. Penolong Pegawai Rela Daerah Pengkalan Hulu, Mohd. Farizan Md. Radzi berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat sebuah rumah di situ yang dimasuki air akibat hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak awal pagi. “Semua perabot tidak rosak kerana sempat dipindahkan ke tempat selamat oleh tuan rumah. Kerja-kerja pembersihan bermula pukul 8.30 pagi dan selesai kira-kira tiga jam kemudian,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya