NEW YORK 27 Sept. – Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekiranya Korea Utara menyimpang daripada laluan diplomasi dan penyahnuklearan, ini akan membawa kepada ‘tekanan dan pengasingan’.
“Penguatkuasaan sekatan Majlis Keselamatan mesti diteruskan dengan bersungguh-sungguh dan tanpa gagal sehingga kita menamatkan, memuktamadkan, dan mengesahkan penyahnuklearan.
“ Kesemua ahli majlis perlu mengikut usaha itu,” katanya kepada 15 anggota PBB-REUTERS.
Memuatkan artikel berkaitan…











